CHIN PAU HUI - Pengalaman Aktiviti Jalinan Masyarakat
Tahun ini, aktiviti jalinan masyarakat ditukarkan menjadi mereka bentuk dinding Chinese Studies disebabkan oleh COVID-19 dan MCO. Pelajar-pelajar tidak dibenarkan mengumpul untuk menyertai aktiviti luar. Oleh itu, aktiviti kami ditukarkan kepada membuat satu design untuk menyambut kedatangan tahun ke-60 Chinese Studies. Semua pelajar dapat menyertai dan menyumbang tenaga terhadap jabatan kami.
Saya dibahagikan tugas mereka bentuk dan menghasilkan idea untuk menghiaskan dan mencantikan jabatan Chinese Studies. Kumpulan saya terdapat lima orang, dibahagikan kepada dua kumpulan kecil untuk mendapatkan lebih banyak idea.
Konsep kumpulan kecil kami adalan memfokuskan kepada orang yang memberi sumbangan yang besar terhadap pendidikan Cina. Topik ini adalah sangat unik untuk membincangkan disebabkan kami dapat memahami sejarah dan kekangan pendidikan Cina dengan lebih mendalam pada masa itu.
Oleh itu, saya mempelajari hal-hal yang bermakna melalui aktiviti jalinan masyarakat pada tahun ini. Walaupun aktiviti luar tidak dibenarkan, tetapi saya berasa lebih memahami tentang sejarah jabatan Chinese Studies dan lebih bersemangat untuk menyumbang tenaga.
Comments
Post a Comment