Pengalaman aktiviti Jalinan Masyarakat yang unik – TAN CHAI CHUNG ( AII190021 / 17206935)

Saya telah mengambil kursus universiti iaitu GIG1005 Jalinan Masyarakat dalam sem ini. Kursus ini berbeza dengan kursus lain kerana kursus ini perlu pelajar melibatkan diri dalam aktiviti luar kampus. Namun begitu, wabak Covid-19 telah merebak ke Malaysia dan kerajaan telah mengambil langkah untuk memutuskan rangkaian penyebaran virus Covid-19. Kerajaan telah mengisytiharkan perintah larangan menjalankan sebarang aktiviti luaran di sekolah ataupun universiti untuk mengelakkan pelajar dijangkiti oleh Covid-19. Oleh itu, kursus GIG1005 Jalinan Masyarakat tidak dapat  dilaksanakan serta aktiviti luaran dilarangkan dan pensyarah bagi kursus ini telah mengambil keputusan untuk menjalankan aktiviti mengumpul maklumat tentang sejarah pengajian tionghoa Universiti Malaya dan aktiviti lain bagi menggantikkan aktiviti luaran.

Semasa pengerusi menbahagikan tugasan, saya memilih kumpulan yang bertugas mencari maklumat. Tugasan saya ialah mencari maklumat tentang sejarah pengajian tionghoa Universiti Malaya pada masa tahun 1962 hingga 1976. Dalam proses pencarian maklumat, saya telah belajar teknik mencari maklumat, iaitu mencari maklumat dalam surat khabar yang lama melalui laman sesawang. Selain itu, saya juga dapat mengetahui sejarah perkembangan pengajian tionghoa di Universiti Malaya, iaitu cabaran semasa proses penubuhan jabatan pengajian tionghoa, usaha meningkatkan prestasi jabatan pengajian tionghoa dan lain-lain.

Taklimat pengenalan Galeri KLSCCCI telah diadakan pada 5 Jun 2020. Taklimat ini dijalankan secara atas talian. Dalam taklimat ini, saya telah belajar cara penyediaan projek atau aktiviti, cara mencari gambar lama serta penggunaan pengimbas untuk imbas gambar yang agak lama supaya gambar dapat dipaparkan dengan lebih jelas. Beberapa aplikasi pembuatan video telah dicadangkan oleh pensyarah Tan dalam taklimat dan saya berasa gembira kerana akan dapat menghasilkan video yang lebih kreatif dalam aplikasi pembuatan video itu.

Walaupun tidak dapat menjalankan aktiviti luaran, saya tidak berasa kecewa kerana saya dapat membelajari teknik yang baru melalui aktiviti taklimat yang diadakan, tugasan yang dibagikan. Aktiviti dan tugasan tersebut telah mengajar saya kepentingan semangat bekerjasama, toleransi, dan semangat tabah menghadapi cabaran.


Comments

Popular posts from this blog

感想-游淑欣

SE Reflection - Xue Ting

社会服务感想 (蓝庭)