Perkara yang dipelajari semasa kursus Jalinan Masyarakat - LIM HUI SHUEN (AII190014 / 17201829/1)
Pada tahun ini, saya telah mengambil satu kursus universiti iaitu jalinan masyarakat. Sepatutnya, kita perlulah keluar melakukan aktiviti yang berkaitan dengan masyarakat, tetapi pandemik Covid-19 ini menyebabkan kita terpaksa menukar rancangan kita. Sebagai persiapan untuk ulang tahun ke-60 Jabatan Pengajian Tionghoa Universiti Malaya, kita menukar rancangan kita kepada membuat persediaan awal untuk ulang tahun ke-60 ini. Untuk melaksanakan aktiviti ini, kita telah dibahagikan kepada kumpulan mengumpul maklumat dan kumpulan mereka dinding bersejarah. Saya telah memilih kumpulan mengumpul maklumat dan dikehendaki mengumpul maklumat tentang aktiviti yang berlaku pada Jabatan kita pada tahun 2018 hingga tahun 2020.
Dalam proses mengumpulkan maklumat ini, saya telah mempelajari banyak perkara. Pencarian maklumat yang berkaitan telah menambahkan pengetahuan saya tentang jabatan kita. Kelas Jalinan Masyarakat yang telah diadakan juga menambahkan pengetahuan saya. Saya telah mempelajari cara mencari maklumat di surat khabar yang lama dan pengetahun ini dapat membantu saya dalam pelajaran saya nanti. Seminar tentang penghiasan dinding sejarah yang saya hadiri semasa kelas Jalinan Masyarakat juga membolehkan saya mengetahui proses menyiapkan satu dinding sejarah. Dalam seminar tersebut, saya telah mendengar pengalaman seorang sejarahwan yang telah melibatkan dalam proses merancang dinding bersejarah. Pengalaman yang dikongsi oleh beliau membolehkan saya mengetahui titik peluh yang dicurahkan oleh mereka semasa menyiapkan dinding sejarah tersebut. Saya akan lebih memberi perhatian kepada setiap dinding sejarah yang akan saya lawati pada masa yang akan datang sebagai tanda menghargai titik peluh yang dicurahkan oleh perancang dinding sejarah tersebut.
Walaupun saya tidak dapat keluar dari Universiti dan melakukan aktiviti yang boleh membantu masyarakat dalam kursus ini, saya tidak berasa kecewa kerana pengalaman saya pada kali ini amat unik dan saya telah mempelajari banyak perkara semasa menyiapkan tugasan ini. Pengalaman kali ini tentu akan membantu saya dalam kehidupan saya nanti.
Comments
Post a Comment