Swee Juan - Pendapat terhadap penghasilan konsep hiasan koridor Jabatan Pengajian Tionghoa

     
Kumpulan kami telah bertanggungjawab dalam menghasilkan konsep-konsep untuk menghiaskan koridor Jabatan Pengajian Tionghoa bagi merayai ulang tahun Jabatan Pengajian Tionghoa ke- 60. Dalam proses penyediaan konsep-konsep tersebut, kami telah membuat beberapa perbincangan  berdasarkan idea dan konsep yang dikongsi oleh profesor dari Jabatan Sejarah universiti Malaya. Selain itu, kami juga merujuk kepada pelbagai idea melalui laman web untuk menghasilkan konsep hiasan. Walaubagaimanapun, dalam proses menjayakan tugasan, ahli-ahli kumpulan berpendapat bahawa wujudnya beberapa cabaran yang telah kami hadapi. Salah satu cabaran adalah idea yang dicadangkan oleh ahli kumpulan adalah tidak unik dan tidak kreatif disebabkan kebanyakan idea tersebut boleh didapati melalui laman web. Bukan itu sahaja, kumpulan kami juga menghadapi masalah seperti pengurusan yang tidak sistematik dan juga ketidakjelasan dalam pembahagian tugasan antara ahli kumpulan.  Selepas mengenal pasti pelbagai masalah yang dihadapi, kami berusaha untuk mencari kaedah penyelesaian masalah dan berjaya menyelesaikan masalah yang dihadapi bagi menjayakan tugasan tersebut. Kami amat bersyukur kerana berpeluang dalam pemberian sumbangan dan dapat melibatkan dalam aktiviti penyediaan ulang tahun Jabatan Pengajian Tionghoa ke- 60.

Comments

Popular posts from this blog

感想-游淑欣

SE Reflection - Xue Ting

社会服务感想 (蓝庭)