Hui Ping : Social Engagement- Pengalaman Penyediaan Projek

Pada bulan Mac 2020, pandemik Covid-19 telah merebak di negara kita, jadi kami  membuat keputusan untuk melaksanakan “Projek Perancangan Ulang Tahun Ke-60 Jabatan Pengajian Tionghoa di Universiti Malaya”. Saya merupakan ahli dari kumpulan reka bentuk. Dengan menjalankan projek perancangan ini, saya telah belajar banyak cara untuk mereka bentuk. Saya dan ahli kumpulan telah melayari Internet untuk mencari idea-idea yang kreatif untuk mereka bentuk koridor sejarah. Saya juga merujuk koridor sejarah yang dibuat oleh organisasi yang lain untuk mendapatkan ilham. Oleh sebab terdapat banyak maklumat yang berkaitan dengan koridor sejarah di Internet, saya telah menghadapi masalah dalam memilih idea yang paling sesuai. Tambahan pula, dalam proses memilih jenis reka bentuk yang kami kehendaki, saya dan ahli kumpulan telah berkomunikasi dengan baik dan kami telah menyimpulkan dua konsep yang akan kami guna tanpa berlaku pertengkaran. Suasana antara ahli kumpulan kami amat harmoni dan kami dapat bekerjasama bagai aur dengan tebing untuk menyiapkan kerja masing-masing dengan lancar dan efisien. Melalui kursus Jalinan Masyarakat ini, saya telah belajar kemahiran bertulis, pengurusan masa dan kerjasama secara berpasukan yang amat berguna kepada saya pada kelak. 

Comments

Popular posts from this blog

感想-游淑欣

SE Reflection - Xue Ting

社会服务感想 (蓝庭)