Pengalaman aktiviti jalinan masyarakat- HANNA WONG MIN EN (AII190010)
Saya
bersyukur kerana dapat menguasai kemahiran membuat lapran kewangan dengan
teratur. Laporan kewangan yang dilakukan harus tepat dengan perbelanjaan yang
ada dan juga mesti menyimpan resit sebagai bukti dengan baik. Saya melibatkan
diri dalam kumpulan pencarian maklumat tentang sejarah Jabatan Pengajian
Tionghoa dari tahun 1992 hingga 2006. Saya belajar melaksanakan tanggungjawab
mencari maklumat sejarah dari tahun 1998 hingga 2000 dengan sepenuhnya. Hal ini
telah membantu saya mengenali sejarah jabatan sendiri lebih mendalam pada tahun
tersebut dan dapat bekerjasama dengan ahli kumpulan dalam pencarian maklumat.
Batasan dan cabaran yang saya hadapi ialah
maklumat tentang sejarah jabatan Pengajian Tionghoa terhad. Disebabkan keadaan
MCO, saya hanya mencari maklumat dari internet dan maklumat daripada internet
juga tidak sempurna. Cabaran yang lain ialah kekurangan untuk membincangkan
dengan ahli kumpulan kerana komunikasi secara talian akan mewujudkan salah
faham antara satu sama yang lain.
Comments
Post a Comment